• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong minat belian yang diperbaharu memandangkan permintaan terhadap dolar AS berkurangan dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1500 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata harga minyak mentah Brent yang stabil antara US$70 dan US$80 setong turut mendorong peningkatan ringgit setelah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum memantau bekalan untuk memastikan pasaran kekal pada kedudukan semasa.

Di peringkat tempatan, Innes berkata Bank Negara Malaysia (BNM) seperti yang boleh dijangkakan telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dengan kenyataan dasar yang neutral pada Rabu.

“Berdasarkan banyak perubahan politik dan pelarasann dasar dalaman, tidak perlu untuk menambah tahap kesukaran kepada persekitaran.

Innes berkata langkah BNM seterusnya mungkin mengurangkan kadar itu sebelum akhir 2019, berdasarkan cabaran ekonomi, disebabkan penurunan perbelanjaan infrastruktur dan langkah menurunkan defisit bajet yang membebankan.

“Oleh itu, saya menyemak semula sasaran akhir tahun bagi ringgit kepada 4.20 berbanding dolar AS berikutan unjuran pertumbuhan yang perlahan.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0127/0151 daripada 3.0052/0094 pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.8241/8288 daripada 4.7986/8040.

Nota tempatan lemah berbanding yen kepada 3.7237/7274 daripada 3.7154/7200 dan susut berbanding pound kepada 5.3532/3587 daripada 5.3031/3103 semalam. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd