Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

“Tolonglah Tok Lebai Solatkan...

KUALA LUMPUR - "Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga....

Pakatan Dakwa Konon Akan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Pakatan Harapan...

Waspada Panggilan Individu Menyamar...

Putrajaya: Orang ramai diingatkan berwaspada dengan panggilan mencurigakan oleh individu tidak dikenali yang...

Lapik Kereta Direka Unik...

UNIK... Pernahkah anda terbayangkan lapik getah boleh dijadikan sebagai skirt yang sempurna? Anda...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini disebabkan oleh kekukuhan mata wang berkenaan, demikian menurut seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1430/1460 berbanding 4.1380/1420 yang drekodkan pada 6 petang semalam.

Menurut peniaga berkenaan, minat pelabur terhadap dolar US meningkat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini, justeru mengekang permintaan terhadap mata wang negara membangun dan pasaran baru muncul termasuk ringgit.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0283/0316 daripada 3.0315/0349 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6505/6542 daripada 3.6697/6743.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 4.8229/8276 daripada 4.8427/8495 semalam dan meningkat berbanding pound British kepada 5.4182/4230 daripada 5.4315/4380. – BERNAMA

Kategori