Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mati Katak Al Capone...

AL CAPONE, Raja Mafia paling berjaya dalam kegiatan jenayah terancang. Lelaki berdarah Itali ini...

Model Beraksi Dekat Buaya...

BAGAIMANA anda mahu bersaing dengan gambar-gambar percutian orang lain di laman Instagram? Jawapannya mudah...

Kereta Meletup Bukan Sebab...

KOTA BHARU - Insiden kereta meletup di Kampung Soreh, Jumaat lalu yang menyebabkan...

DAP Pertahan Tindakan Guan...

KUALA LUMPUR - "Tiada ahli politik yang sempurna," kata Setiausaha Publisiti DAP, Teo...

Remaja Maut Terjun PPR

KUALA LUMPUR – Seorang remaja yang dipercayai menghadapi masalah kemurungan nekad terjun dari tingkat lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff, berkata mangsa, remaja lelaki berusia 17 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kaki, tangan dan kepala.

“Kami menerima satu panggilan kecemasan memaklumkan satu kejadian orang terjun bangunan pada jam 10.12 malam oleh orang awam.

“Menurut bapanya, mangsa mengalami masalah kemurungan yang serius sejak lima tahun lalu dan seorang yang sensitif dan sering bercakap seorang diri.

“Keluarganya juga pernah cuba membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi mangsa enggan. Pada jam 10 malam mangsa keluar dari rumah dan terus terjun dari tingkat lapan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Kamal Khan berkata, mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan kemudian mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi. – BH Online

Kategori