• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Britain Minta Pelancong Agar Jauhi Koh Tao

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang remaja pe­rempuan yang mendakwa dia diberikan dadah, dirogol dan dirompak di Pantai Sairee di pulau Koh Tao , Thailand, memberi amaran kepada pelancong terutamanya backpacker supaya menjauhi lokasi itu, lapor akhbar New Zealand Herald semalam.

Remaja Britain berumur 19 tahun itu turut mengkritik pihak berkuasa Thailand. Dia mendakwa polis Thai cuba memalukannya dan tidak bertindak menyiasat serangan kejam itu.

Mangsa yang berasal dari London itu berkata, dia diserang pada waktu dinihari, 26 Jun lepas di Pantai Sairee, tempat sama di mana pelancong Britain, Hannah Witheridge, 23, dan rakannya, David Miller, 24, dipukul hingga mati pada tahun 2014.

Pantai Sairee dicemari oleh 10 kematian misteri sejak enam tahun lalu.

Bercakap buat kali pertama kepada akhbar The Times, remaja perempuan itu berkata, polis tidak mendedahkan perkara sebenar tentang serangan kejam itu kerana bimbang industri pelancongan di Koh Tao tercemar dan merosot.

“Saya menggesa golongan muda lain agar menjauhi lokasi ini. Saya tidak akan berasa selamat jika kembali ke Koh Tao,” katanya.

Pulau itu popular dalam kala­ngan pelancong backpacker Bri­tain. – Agensi/Kosmo Online

Tags: Britainkes rogolThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd