Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM20 Juta...

CYBERJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan Bandar Usahawan Strategi Lautan Biro...

(TIDAK RASMI) Muhyiddin Dicabar...

PETALING JAYA : Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar sengit di Parlimen Pagoh apabila...

SSPN Catat 3.6 Juta...

CYBERJAYA - Seramai 3.6 juta pemegang akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional...

Netizen Kesal Pemimpin BN...

SUDAH terang lagi bersuluh agenda perhimpunan haram Bersih siri ke-4 ini jelas didalangi...

Rasuah: 4 Pegawai Kanan Nafas Direman 7 Hari

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap timbalan pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bersama tiga pengurus jabatan pertubuhan itu bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan dalam bentuk percutian, tiga tahun lepas.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar bagi membolehkan kesemua lelaki terbabit yang bertugas di ibu pejabat Nafas, disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Keempat-empat individu berusia 36 hingga 48 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor dan Putrajaya antara pukul 5.45 petang hingga pukul 9 malam semalam.

Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki itu dipercayai telah menerima suapan dalam bentuk percutian golf ke Jakarta, Indonesia berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat.

Ia adalah sebagai balasan kerana meluluskan projek penghantaran jentera ke negara tersebut kepada syarikat berkenaan pada 2015. – BERNAMA

Kategori