Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Myvi ‘Terhuyung-Hayang’ Dihentikan Pemandu...

RAKAMAN video sebuah kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Bukit Jawi Golf Resort,...

Kelahiran Anak Sulung, Tuah...

KUALA LUMPUR - Laungan 'Merdeka!' yang diselangi tangisan bayi bukan sahaja membawa kegembiraan...

Ahmad Maslan Akur Arahan...

BUTTERWORTH - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan...

Shell Bekerjasama Dengan Pembuat...

KUALA LUMPUR - Shell Helix akan mencari lebih banyak perkongsian strategik dengan pembuat...

Raja Perlis Berkenan Anugerah 50 Biasiswa PhD

KUALA PERLIS – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan 50 biasiswa diRaja kepada rakyat Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata untuk tujuan itu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan supaya diwujudkan Kerusi Jamalullail di UIAM dan akan dipegang oleh seorang profesor selaku penyelia kepada penerima anugerah tersebut.

“Baginda menawarkan anugerah (biasiswa) ini buat kali pertama, berjumlah RM5 juta sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan dan kementerian khususnya bagi membantu pembangunan pendidikan negara,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Terdahulu Tuanku Syed Sirajudin berkenan menerima mangadap Maszlee di Istana Arau di sini.

Maszlee berkata UIAM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan bersama-sama memperincikan kriteria calon yang layak selain UIAM sendiri mencadangkan calon termasuk bidang​ pengajian.

Beliau menambah keutamaaan akan diberikan kepada pemohon B40 termasuk anak-anak Perlis yang layak.​ – BERNAMA

Kategori