• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Peranginan Di Terengganu Sesak

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sesak apabila menerima kehadiran pelancong dengan bilik hotel dan chalet habis ditempah berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Awal Muharam berterusan hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Limpahan pelancong yang tidak disangka-sangka ke pulau-pulau peranginan di Terengganu dan ke Tasik Kenyir bukan sahaja mengamit pelancong dari luar tetapi penduduk tempatan juga mengambil peluang cuti umum yang panjang untuk berkunjung ke tempat rekreasi tersohor di negeri ini.

Tinjauan di Jeti Pulau Kapas Marang, mendapati pelancong yang masuk ke pulau berkenaan sebilangan besarnya adalah pelancong daripada beberapa negeri antaranya, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Pengusaha bot, Zakaria Sulong, 58, berkata, dia tidak menafikan kemasukan pelancong ke Pulau Kapas berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

“Berdasarkan tempahan bot, pelancong yang masuk ke Pulau Kapas saya boleh anggarkan antara 800 hingga 1,000 sehari dalam tempoh cuti selama empat hari ini dan kebanyakan mereka adalah pelancong dari luar Terengganu,” katanya.

Pelancong, Norhafifi Saari, 30, dari Tampin, Negeri Sembilan berkata, dia memilih Pulau Kapas kerana ia lebih dekat dengan tanah besar, selain persekitaran pulau yang bersih dan harga chalet yang berpatutan.

Katanya, selain harga chalet, makanan dan persekitaran yang bersih, tambang bot yang dikenakan sebanyak RM40 untuk dua hala sangat berpatutan.

Di Kuala Besut, Pulau Perhentian menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara menyebabkan semua chalet dan penginapan biasa di pulau berkenaan penuh sejak seminggu lalu.

Tinjauan NSTP mendapati, cuaca buruk yang melanda negeri ini sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan kehadiran pelancongan di pulau itu malah cuti panjang minggu ini menyebabkan kehadiran pelancong bertambah setiap hari dan dijangka berterusan sehingga 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengerusi Pengusaha Bot Pelancong Kuala Besut, Mohd Khaizul Che Mohd Nor,40, berkata, pihaknya terpaksa meningkatkan perkhidmatan bot dan feri dari jeti Kuala Besut ke pulau itu berikutan ribuan pelancong datang setiap hari.

Katanya, pihaknya menyediakan 60 bot laju dan enam feri bagi membawa penumpang ke pulau itu bermula dari jam 8 pagi hingga 7 petang setiap hari.

Sementara itu, Jabatan Laut Malaysia merekodkan hampir 10,000 pelancong dari dalam dan luar negara mendaftar dengan jabatan itu untuk berkunjung ke Pulau Perhentian sejak seminggu lalu sehingga hari ini. – BH Online

Tags: Pulau Perhentiansesak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

29/06/2025
0

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd