• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Seri Setia: Konflik Pemilihan PKR Tak Jejas Kempen Calon PH

oleh
03/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Konflik dalaman antara pemimpin tertinggi PKR menjelang pemilihan parti tahun ini tidak menjejaskan jentera kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Halimey Abu Bakar berkata sebaliknya, jentera kempen beliau semakin kukuh dan bersatu hati turun padang untuk memperhebatkan aktiviti kempen demi memastikan kemenangan PH di kawasan DUN tersebut.

“Jentera kempen kita tidak terkesan dengan pertelingkahan yang berlaku, tetapi mereka (jentera kempen) bekerjasama melaksanakan aktiviti,” katanya dalam sidang media hariannya di sini, hari ini.

Bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berdepan calon PAS Dr Halimah Ali dalam PRK tersebut yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Halimey bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu nanti.

Semalam, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang selama ini memilih untuk berdiam diri akhirnya bersuara dan menempelak beberapa pihak, termasuk naib presiden PKR Rafizi Ramli, yang mempersoalkan kesetiaannya terhadap parti.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR bakal dicabar Rafizi pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding kerusi presiden parti selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: PRK Seri Setia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd