• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Seri Setia: Halimey Sangkal Kenyataan Dr Halimah

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan pihak lawannya bahawa pihak penganjur sendiri menjemput beliau (Halimey) untuk menghadiri satu program temubual di televisyen.

Halimey berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Halimah Ali adalah tidak benar kerana sememangnya beliau tidak menerima sebarang jemputan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan program itu.

“Sekiranya tiada jemputan rasmi, maka tiada persetujuan daripada pihak saya (PH). Cuma ingin saya ingatkan, saya memang tak dapat jemputan dan tiada maklumat sebetulnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL), di sini hari ini.

Semalam, Dr Halimah memberitahu media beliau dimaklumkan oleh penganjur sendiri iaitu Astro Awani, bahawa Halimey tidak dapat hadir sehari sebelum program Awani Agenda yang bersiaran pada Rabu lepas (29 Ogos).

Kenyataan itu susulan satu dakwaan yang tular di media sosial menyatakan calon PH itu menarik diri apabila diajak bersemuka dengan pihak lawannya dalam sebuah program anjuran stesen televisyen swasta itu.

“Semua ini melemahkan kita kerana kita tidak lagi perlu berusaha kuat untuk mendapat sara hidup yang sebaiknya, sebaliknya kita menunggu wang datang melayang dan bergolek kepada kita,” katanya.

Menarik perhatian ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata pelbagai bantuan dihulurkan kerajaan ketika itu untuk membantu golongan bumiputera termasuk pemberian kontrak secara runding terus dan pemberian AP yang kadang-kadang menimbulkan rasa tidak senang pada kaum lain.

Beliau berkata peluang yang diberi itu sebaliknya membawa kejayaan kepada kaum lain ekoran amalan tidak baik syarikat Melayu dan Bumiputera.

“Kita telah berusaha sedaya-upaya bagi peluang tetapi kita dapati tabiat nak dapat kekayaan cepat ini menyebabkan mereka tidak berjaya. Semasa kita laksanakan DEB bukan Bumiputera yang berjaya…tetapi bukan Bumiputera kerana mereka menggunakan peluang untuk berniaga dan membesarkan syarikat sehingga menjadi jutawan dan billionaire dan mendirikan bandar Kuala Lumpur serta bandar-bandar lain,” katanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir menegaskan DEB menghasilkan kejayaan kepada usahawan yang benar-benar berusaha, selain menghasilkan golongan profesional melalui pemberian biasiswa tanpa mengikut merit. – BERNAMA

Tags: Halimey Abu BakarPRK Seri Setia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd