• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD: Saya Belum Buat Keputusan Bertanding – Ezam

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor hari ini mengakui menerima desakan daripada rakan lama dalam PKR dan gerakan reformasi untuk beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah Centre for Reform itu berkata beliau setakat ini belum membuat apa-apa keputusan mengenainya dan akan berbincang secara terperinci dengan rakannya berhubung perkara itu.

“Petang ini saya akan berjumpa dengan rakan lama saya dalam PKR dan pejuang awal reformis untuk mendapatkan pandangan mereka. Tidak betul mengatakan bahawa saya akan umumkan soal pendirian saya malam ini kerana saya baru sahaja nak fikirkannya memandangkan saya baru tiba dari Jakarta, Indonesia, pagi tadi.

“Sememangnya tidak dinafikan ada desakan kuat daripada rakan-rakan lama saya khususnya mereka yang tidak sehaluan dengan Anwar sebelum ini untuk saya bertanding sebagai calon bebas.

“Namun desakan itu semakin kuat dan memuncak dalam seminggu ini memandangkan UMNO tidak meletakkan calon mereka bertanding,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan bahawa beliau akan mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding atau sebaliknya dalam PRK Parlimen Port Dickson, malam ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ezam berkata segala aspek termasuk penyertaan PAS dalam PRK berkenaan akan diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil.

PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Anwar iaitu dua parti politik, PAS dan Parti Rakyat Malaysia, selain calon bebas yang juga personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong untuk mengambil bahagian.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.- BERNAMA

Tags: Mohamad Ezam MohdPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Menuju Kejatuhan – Mahathir

Next Post

PKRM Cadang Kaji Semula Skim Insurans Jadi Langkah Penjimatan

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

PKRM Cadang Kaji Semula Skim Insurans Jadi Langkah Penjimatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd