• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD: Calon Bebas Lau Mula Berkempen

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seawal pagi tadi, calon wanita tunggal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Lau Seck Yan sudah berada di pasar Lukut, dekat sini untuk bertemu peniaga dan masyarakat setempat.

Lau, 57, memilih pendekatan bersemuka untuk memulakan kempen hari pertamanya hari ini dan kelihatan santai berbual dan beramah mesra pengunjung pasar sebelum ke kawasan perumahan berhampiran.

Bekas pensyarah sebuah universiti swasta itu yang merupakan antara lima calon Bebas yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen kawasan itu, kemudian melakukan tinjauan mesra di sekitar pekan Lukut bagi memperkenalkan dirinya.

“Saya berkunjung ke pasar, kedai-kedai, pasaraya, kawasan taman perumahan, kawasan ibadat dan lain-lain semata-mata mahu mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu mereka yang mungkin boleh saya suarakan sekiranya mendapat mandat.

“Apa yang saya dapat janjikan ialah perkhidmatan saya kepada rakyat yang tidak akan saya kompromi,” katanya kepada pemberita, di sini.

Memilih logo arnab sebagai lambang rasmi dirinya dalam PRK itu, Lau menyifatkan dirinya mudah didampingi dan bersedia ​​​​​mendengar masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat lagi calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

Tags: Calon BebasPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAN Terengganu Turun Padang Bantu PH Di Port Dickson

Next Post

Semak Semula Projek Pembangunan Terima SST – Amiruddin

Related Posts

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

24/09/2023
0

PRK PELANGAI | Pemangku Ketua Umno Bentong, Mohamad Zaini Salleh, mendakwa dia tidak pernah menaja calon Haslihelmy DM Zulhasli untuk...

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

27/07/2023
0

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam, mengumumkan akan bertanding...

Next Post

Semak Semula Projek Pembangunan Terima SST - Amiruddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd