• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPIM Mohon Maaf Kepada NR Isu Mesin Runcit

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memohon maaf kepada sebuah syarikat pengendali perniagaan mesin air layan diri (vending machine), NR Management Sdn. Bhd. berhubung penerbitan sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah berdasarkan berita yang disiarkan TV9 tahun lalu mengenai ‘sindiket mesin layan diri’.

Permohonan maaf secara terbuka kepada PPIM dibacakan oleh wakil persatuan itu, Muhamad @ Mahadi Md. Noh telah diterima oleh Pengarah Urusan NR Management, Mohd. Nadzri Zulkipli dan penghakiman persetujuan itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Darryl Goon Siew Chye.

“PPIM menyesali tindakan memuat naik berita TV9 pada 23 Ogos tahun lalu dan dimuat naik pada keesokkannya dalam laman sesawang PPIM. Pihak persatuan telah menerima aduan daripada pengadu-pengadu yang hadir ke PPIM.

“Namun begitu pengadu-pengadu gagal memberi kerjasama bagi pihak PPIM mendapatkan sumber makluman yang tepat dan sahih. PPIM amat berharap pihak plaintif dapat menyelesaikan perkara ini dengan menerima permohonan maaf daripada PPIM dan segala kesulitan amat dikesali,” ujar Muhamad.

Berdasarkan penghakiman persetujuan itu, PPIM bersetuju untuk mengeluarkan (menarik balik) artikel tersebut dengan serta-merta dan memuat naik teks permohonan maaf dalam laman sesawangnya selama setahun bermula hari ini sehingga 20 September tahun depan.

Darryl Goon menetapkan kos RM7,500 untuk dibayar oleh pihak defendan.

NR Management selaku pihak plaintif menamakan bekas Presiden PPIM, Mohd. Yusof Haniffa sebagai pihak defendan.

Dalam pernyataan tuntutan bertarikh 18 April lalu, pihak plaintif menyatakan, PPIM pada 24 Ogos 2017 telah memuat naik ke laman sosial Facebook satu artikel bertajuk, Sindiket Mesin Layan Diri yang didakwa memfitnah syarikat tersebut.

Artikel tersebut membawa maksud antaranya plaintif menipu masyarakat dengan menjual dan mempromosikan mesin layan diri itu, menjalankan perniagaan yang tidak sah dan melanggar undang-undang.

Akibat penerbitan tersebut dakwa pihak plaintif, status dan reputasi syarikat itu telah terjejas dalam kalangan masyarakat, perniagaan, individu, institusi kerajaan, institusi persendirian dan institusi kewangan.

Pihak plaintif sehubungan itu antaranya memohon ganti rugi am, ganti rugi keterlaluan berjumlah RM500,000, ganti rugi punitif dan ganti rugi teladan.

NR Management juga menuntut ganti rugi khas bagi kerugian perniagaan iaitu pembatalan pembelian vending machine selama empat bulan berjumlah RM664,600, pengurangan penjualan RM4,140,000 dan perintah injunksi serta permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif di Facebook PPIM.

Peguam Paul Aisu yang mewakili pihak plaintif manakala peguam Nur Fazrin Ahmad mewakili PPIM. – UTUSAN ONLINE

Tags: fitnahPPIM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd