• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Wang: Dua Ahli PKR Direman

oleh
16/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 September bagi membantu siasatan pembabitan mereka dalam politik wang untuk pemilihan pemimpin cabang parti itu minggu depan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 46 dan 48 tahun yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan parti itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek dipercayai meminta wang suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan supaya namanya yang sudah didaftarkan untuk pemilihan parti kekal dalam sistem pemilihan yang melayakkannya untuk bertanding.

Suspek sebelum ini juga memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain akan digugurkan daripada senarai nama calon namun boleh dikekalkan sekiranya membayar suapan berkenaan.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Alor Setar sekitar jam 9.45 pagi ini diiringi dua pegawai SPRM Kedah sebelum keluar dari kamar mahkamah pada jam 11 pagi.

Suspek berusia 48 tahun ditahan pada jam 12.20 tengah hari semalam di sebuah restoran di Alor Setar sementara suspek kedua berusia 46 tahun ditahan pada jam 3.25 petang di Plaza Tol Pendang Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan penahanan itu juga, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.

Pemilihan PKR peringkat negeri dijangka berlangsung pada 22 September ini sebelum diikuti peringkat nasional pada esoknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi, mengesahkan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – BH Online

Tags: politik wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih 2.0 Gesa Bentang RUU Dana Politik Secepat Mungkin

21/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan politik secepat mungkin. Gabungan Pilihan Raya Bersih...

Shafie Beri Wang Kepada Penduduk Sandakan, Bukannya Kimanis

06/01/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, penyebaran sekeping gambar beliau memberi wang kepada orang awam tidak berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd