• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Sindiket ‘African Scam’

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas beroperasi lebih lapan bulan dan mengaut hasil kira-kira RM500,000, kelicikan satu sindiket ‘love scam’ warga Afrika menipu mangsa terbantut setelah 25 anggotanya termasuk dalang diberkas di sekitar Lembah Klang pada 6 Sept lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersila (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata suspek berusia 21 hingga 40 tahun termasuk lima wanita itu merangkumi 20 warga Nigeria, empat rakyat Tanzania dan seorang warga Thailand.

Sindiket ini yang didalangi warga Nigeria dipercayai terlibat dalam 10 kes dengan mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita di sekitar Lembah Klang, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya suspek yang bergerak secara solo menyamar sebagai seseorang yang sedang mencari teman hidup menggunakan laman sosial Facebook dan memikat mangsa menggunakan ayat-ayat romantik sehingga mangsa terpaut.

Ahmad Noordin berkata kebiasaannya mangsa yang terpedaya akan ditawarkan hadiah mahal seperti jam tangan berjenama atau rantai leher.

“Apabila hadiah berkenaan dihantar, suspek akan memberi alasan bahawa hadiah yang dihantar itu ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan mangsa diarahkan membayar sejumlah wang untuk menuntutnya.

“Mangsa yang terpedaya dengan taktik itu akan membayar dengan memasukkan wang ke dalam akaun suspek yang kemudian meminta mangsa menunggu untuk beberapa hari,” katanya.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima hadiah yang dijanjikan dan akhirnya membuat laporan polis.

Menurut Ahmad Noordin, siasatan juga mendapati suspek menggunakan kemudahan perbankan milik pihak ketiga untuk tujuan penipuan itu.

“Kes ini disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan) bersama dengan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963 dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Noordin berkata pada 2017 pihaknya mencatatkan 1,308 kes ‘Love Scam’ dengan kerugian kira-kira RM61.9 juta manakala bagi tahun ini setakat Ogos sebanyak 1,301 kes direkodkan dengan kerugian RM83.6 juta.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan orang asing yang dikenali menerusi media sosial.

“…kita tidak tahu siapa mereka ini, apabila mereka ini menghubungi anda segera hentikan perbualan anda dengan orang tidak dikenali ini,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: polisSindiket African Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd