• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan Terlibat Kes Jenayah Di 3 Negeri

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Tiga individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun, curi dan pecah rumah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak berjaya ditahan polis di dalam dua serbuan di negeri ini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata polis mendapat maklumat daripada seorang pemilik sebuah kedai makan di Teluk Tempoyak, dekat sini memaklumkan kedainya dipecah masuk pada pukul 4.40 pagi Rabu sebelum lelaki itu dan pekerjanya bertindak mengejar dua suspek yang melarikan diri menaiki sebuah kereta.

“Mereka mengejar sehingga ke Jalan Solok Bayan Lepas, namun pemandunya iaitu seorang lelaki melarikan diri dan meninggalkan kekasihnya seorang ibu tunggal di dalam kereta yang kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada polis.

“Susulan penahanan wanita itu, polis berjaya menahan dua lelaki yang merupakan kekasih dan bapa saudaranya di hadapan sebuah hotel bajet di Butterworth kira-kira pukul 7 petang hari yang sama. Dipercayai mereka cuba mencuri wang di kaunter hotel berkenaan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga tiga individu itu merupakan anggota geng Romeo dan Juliet berumur 23 hingga 55 tahun, terlibat dalam kegiatan samun, curi dan pecah rumah sejak awal tahun ini.

Anbalagan berkata modus operandi geng itu adalah dengan mendaftar masuk ke hotel bajet, sebelum mencuri wang atau barang berharga dari kaunter hotel yang tidak dijaga serta memecah masuk bilik hotel yang tidak berkunci.

“Selain itu, mereka juga terlibat dalam jenayah pecah rumah serta pecah kedai terutama restoran dengan suspek wanita akan meninjau keadaan persekitaran, manakala dua lagi rakannya masuk ke premis sebelum mencuri wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya polis percaya dengan penahanan tiga individu tersebut pihaknya telah berjaya menyelesaikan 10 kes yang dilakukan geng itu pada tahun ini serta siasatan juga mendapati mereka turut terlibat kegiatan jenayah di Perak dan Kedah.

Beliau berkata susulan penahanan mereka, polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan geng itu untuk kegiatan jenayah, kad akses hotel dan 48 rangkai kunci pelbagai jenis dipercayai kunci hotel, pelbagai telefon bimbit serta pelbagai peralatan digunakan untuk jenayah antaranya spanar, ellenkey yang telah diubah suai dan skru driver.

“Kekasih wanita itu bekerja sebagai pemandu bot nelayan dan mempunyai empat rekod lampau manakala bapa saudaranya adalah mekanik serta mempunyai 18 kes lampau. Tiga suspek berkenaan kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd