• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perancis Rampas 20 Tan Miniatur Menara Eiffel

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Polis Perancis merampas 20 tan miniatur Menara Eiffel sebagai sebahagian daripada operasi membanteras penjualan cenderahati itu secara haram kepada pelancong di lokasi popular sekitar bandar Paris, kata sumber keselamatan.

Set lima cenderahati logam kecil itu dijual dengan harga serendah satu euro (RM4.80) di lokasi seperti muzium Louvre atau di luar kawasan Menara Eiffel sebenar, lazimnya oleh pendatang Afrika.

Hasil siasatan bersama membabitkan pihak berkuasa imigresen Perancis, membawa kepada serbuan ke atas tiga pemborong China yang disyaki mengimport menara itu dan membekalkan kepada rangkaian penjual di Paris.

Lebih daripada 1,000 kotak berisi 20 tan miniatur Menara Eiffel, dirampas dari dua depoh dan tiga kedai di rantau Paris pada Isnin dan Selasa, kata sumber keselamatan kepada AFP, mengesahkan laporan dalam akhbar Le Parisien.

Sembilan orang ditangkap sepanjang operasi itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Menara EiffelPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd