• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Lokasi Sebenar Jho Low

oleh
13/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi dan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun lokasi Jho Low tidak akan didedahkan kepada umum.

“Saya tidak akan dedahkannya (lokasi Jho Low) kerana ia masih dalam siasatan kami lagi.

“Tindakan itu diambil bagi melancarkan proses siasatan dan tidak mahu siasatan yang dijalankan terganggu,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Noor Rashid berkata polis perlu berbincang dengan pihak berkuasa negara terbabit kerana ia membabitkan kedaulatan undang-undang negara itu.

Pada 11 Julai lepas, PDRM mengesahkan Jho Low dipercayai telah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya dan perkara itu telah dimaklumkan melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.

Emel itu memaklumkan bahawa Jho Low telah meninggalkan Macau dan pergi ke destinasi yang tidak disebutkan.

Sebelum itu, pada 5 Julai, Jho Low disahkan sudah melarikan diri ke Macau.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Jho Low
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Malaysia Tingkat Usaha Kesan Penculik Dan Mangsa

Next Post

7 Cedera Dihempap Batu Di Greece

Related Posts

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

Next Post

7 Cedera Dihempap Batu Di Greece

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd