• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pogba Akui Bakal Tinggalkan Old Trafford

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAUL Pogba mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester United pada Januari 2019.

Hubungan pemain tengah itu dengan Jose Mourinho dilaporkan semakin dingin.

Selepas kembali ke Old Trafford dari Juventus pada 2016, Pogba meluahkan rasa kecewa untuk terus kekal bersama kelab itu selepas bertelagah dengan Mourinho.

Pogba terdesak untuk berhijrah ke Barcelona sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup bulan lalu dan terbaharu dia mengesahkan bakal meninggalkan pasukan itu pada awal tahun depan.

“Terdapat banyak cakap-cakap tetapi ia kekal begini. Saya masih ada kontrak dengan United.

“Masa depan saya masih bersama United, saya beraksi di sini buat masa ini tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku beberapa bulan lagi.

“Satu perkara saya boleh beri jaminan kepada anda: Saya akan sentiasa memberikan 100 peratus, tidak kira siapa sahaja jurulatih untuk United,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Mourinho, Pogba mengambil pendekatan berdiam diri.

“Kami ada hubungan sebagai jurulatih dan pemain, itu yang sebetulnya,” katanya.

Meskipun timbul khabar angin mengaitkan Pogba bakal berhijrah ke Barcelona, Luis Suarez amat mengalu-alukan kehadirannya ke Nou Camp.

“Pogba pemain elit yang memenangi segala-galanya.

“Dia ada banyak kualiti. Dia bukan pemain yang jadi milik Barca tetapi kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu,” katanya. – mStar Online

Tags: Manchester UnitedPaul Pogba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd