• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Nafi Tak Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin Terdahulu

oleh
07/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang didapati melakukan kesalahan jenayah.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang terlibat jenayah, namun memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membawa mereka ke mahkamah.

“Ada yang berpendapat kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan lama yang terlibat jenayah, saya nak jelaskan apabila kita cuba buat ikut undang-undang maka ia memerlukan bukti kukuh sebelum dihadapkan ke mahkamah.

“Ini yang melambatkan dan ramai yang terlibat dengan rasuah, terdiri daripada pemimpin kerajaan lepas nampaknya seperti tidak ada tindakan sama sekali diambil ke atas mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan tertinggi parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.

Dr Mahathir berkata kerajaan sememangnya sedang memberi tumpuan kepada kes-kes yang mempunyai bukti kukuh dan jelas boleh disabitkan sekiranya dibawa ke mahkamah.

“Kita tidak hanya menumpukan kepada kes besar yang perlukan bukti lebih jelas tetapi juga kes kecil yang melibatkan pemimpin lain yang tidak kurang bersalah dalam pentadbiran lama,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir berkata banyak lagi dakwaan akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata siasatan kes melibatkan bekas perdana menteri itu mengambil masa lama kerana kurang kerjasama daripada mereka yang punya maklumat mengenai kes berkenaan dan kesukaran dalam mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kes melibatkan tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pengiring bekas menteri kementerian Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Pemuda Didakwa Curi Paip Bernilai RM50,000

Next Post

Dasar Utama Negara Akan Dikaji Semula – Azmin

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Dasar Utama Negara Akan Dikaji Semula - Azmin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd