• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Buka 10 Kaunter Semakan Pusat Pengundian Di Balakong

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) membuka 10 kaunter semakan di pelbagai lokasi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bagi membolehkan pengundi menyemak pusat pengundian mereka, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu Sabtu ini.

Calon PH Wong Siew Ki berkata kesemua kaunter semakan pusat pengundian yang dikendali sukarelawan parti itu akan beroperasi mulai hari ini hingga Jumaat.

Beliau berkata langkah itu dilaksana berikutan ramai pengundi yang masih tidak tahu pusat pengundian mana yang harus dituju.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, saya mula sedar hampir 50 peratus pengundi yang ditemui tidak tahu di masa pusat pengundian mereka. Kebanyakannya keliru dan tertanya-tanya sama ada mereka akan mengundi di pusat sama seperti ketika pilihan raya umum lepas.

“Jadi saya harap dengan inisiatif ini, kadar undi pada PRK kali ini akan meningkat,” katanya yang ditemui ketika sedang berkempen di Bandar Damai Perdana dekat sini, pagi ini.

Kesemua kaunter semakan itu terletak di Batu 11, Cheras, Taman Megah, Bilik Operasi dan Pusat Perkhidmatan DAP di Dataran Perniagaan Cheras, Desa Baiduri, Bandar Tun Hussein Onn, Simpang Balak, Tanming Jaya, Cheras Jaya dan Taman Budiman.

Seramai 62,219 pengundi layak mengundi pada PRK Balakong Sabtu ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Wong dan Tan Che Teong daripada MCA. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHPRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd