• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesalah Rasuah Harus Dihukum, Kata Mahathir

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia pesalah rasuah harus dihukum penjara seumur hidup.

“Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan rasuah, dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam’ pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.

Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.

Dalam syarahannya, yang menyentuh mengenai negara Islam dan sistem demokrasi, Dr Mahathir berkata negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi perlu lebih banyak masa untuk memahami pelaksanaan demokrasi.

“Sekiranya anda tidak memahami bahawa dalam demokrasi undi paling berkuasa, jadi anda tidak perlu mengamalkan sistem demokrasi,” katanya, sambil menambah di beberapa negara Islam, mereka lebih selesa dengan sistem monarki.

Di sesetengah negara Islam, peralihan kepada sistem demokrasi telah membawa bencana terhadap negara-negara berkenaan, katanya.

“Setiap kali mereka cuba laksanakan sistem demokrasi, akan ada pertempuran antara mereka dan negara itu hampir musnah,” katanya.

Dalam sistem demokrasi, beliau berkata, rakyat memilih kerajaan dan menyokong kerajaan untuk tempoh masa tertentu.

Bagaimanapun, di beberapa negara Islam, mereka tidak sanggup menunggu sehingga tamat tempoh tersebut dan mahu perubahan segera selepas pilihan raya, katanya.

“(Ia) masa untuk mereka menghormati undi dan menubuhkan kerajaan yang menggunakan kuasa untuk kebaikan negara dan rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi, walaupun 60 peratus daripada penduduknya adalah beragama Islam dan rakyatnya taat kepada Raja.

Sistem ini dianggap berjaya kerana rakyat Malaysia mempunyai Raja dan mereka juga mengamalkan sistem demoraksi, katanya.

“Kami (di Malaysia) tidak suka keganasan. Kami tidak menggulingkan kerajaan sehingga kerajaan itu bertukar dengan sendirinya,” katanya dan disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Pada lawatan sulungnya ke Pusat Pengajian Islam Oxford pada 1996, Dr Mahathir pernah menyampaikan ceramahnya yang terkenal bertajuk ‘Islam Agama yang Diselewengkan’.

Sejak penubuhannya pada tahun 1985, pusat ini telah menampilkan ramai tokoh terkemuka untuk bercakap mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan dunia Islam.

Di dalam premisnya yang baru, pusat ini mempunyai beberapa ruang kuliah yang khusus termasuk Auditorium Malaysia bagi perkembangan programnya. – BERNAMA

Tags: rasuahTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd