• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Semula Pelantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.

Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, di sini malam ini.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikR.Sivarasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

11/07/2026
0

KLUANG - Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik mengundi di Sekolah Jenis...

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam”  – Maszlee

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam” – Maszlee

08/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa Simpang Renggam hanya mendapat perhatian di peringkat nasional selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd