• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Terhadap Graduan TVET Setanding Lepasan Universiti

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Permintaan tinggi industri terhadap lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) membuktikan graduan institusi itu setanding dengan mereka yang menamatkan pengajian di universiti.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keadaan itu berbeza berbanding tanggapan atau persepsi negatif masyarakat dalam tempoh empat tahun lepas yang melihat pemegang sijil atau diploma TVET sebagai ‘kelas kedua’ serta tidak berupaya bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Ini antara lain disebabkan modul TVET yang direncana oleh pakar yang memiliki pengalaman luas dalam industri, menjadikan graduan yang dihasilkan benar-benar bersifat industry driven (didorong industri),” katanya ketika merasmikan majlis konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Seramai 5,472 graduan ILKBS meliputi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) menerima sijil dan diploma masing-masing kali ini.

Berdasarkan statistik kadar kebolehpasaran graduan ILKBS telah meningkat kepada 93 peratus tahun lepas daripada 80 peratus pada 2013 dengan gaji purata RM1,631 sebulan.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata lepasan ILKBS perlu terus mengejar ilmu dan menambah pengalaman supaya tidak ketinggalan bagi memastikan mereka terus kompeten dan mampu bersaing dalam pasaran industri.

Beliau berkata dalam dunia baharu, graduan perlu terus bersaing bukan hanya dengan rakyat Malaysia tetapi juga mereka di luar sana yang akan berlumba mencari peluang untuk maju dan mara ke hadapan.

Pada majlis itu, seramai 20 graduan menerima Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2018 dengan graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Faundri (Acuan Kekal) Mohd Zaidi Abd Rahman dari ILKBS Temerloh, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan.

Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan dianugerahkan kepada Rapid Bus Sdn Bhd atas sinergi baik dalam menyediakan pembelajaran kepada pelajar manakala Anugerah ILKBS Terbaik diterima ILKBS Bukit Mertajam. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul RahmanTVET
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Lim Guan Eng Timbulkan Banyak Persoalan – Ezam

Next Post

2 Beradik Didakwa 16 Pertuduhan Rogol, Amang Seksual 3 Adik Tiri

Related Posts

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

KPT Tumpu Lahirkan Graduan TVET Bergaji Lebih RM4,000

KPT Tumpu Lahirkan Graduan TVET Bergaji Lebih RM4,000

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan reformasi kepada politeknik di bawah kendaliannya selari dengan usaha memastikan graduan...

Next Post

2 Beradik Didakwa 16 Pertuduhan Rogol, Amang Seksual 3 Adik Tiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd