• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Feri P.Pinang Dikekal Dan Ditambah Baik

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pengoperasian dan model bersesuaian untuk menambah baik perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan baharu bagi penambahbaikan perkhidmatan feri tersebut.

“Kita akan lihat bagaimana menambah baik dan pastikan perkhidmatan feri ini lebih efisien. Memang ada pelbagai cadangan tambah ‘water taxi’, ‘catamaran’ dan sebagainya. Itu kita akan lihat bagaimana menambah baik lagi.

“Tapi setakat ini belum ada apa-apa keputusan muktamad berkenaan apa-apa cadangan baharu. Apa sedia ada itu kita akan kekalkan dan kita akan tambah baik terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Penang Sentral, di sini hari ini.

Terdahulu, Loke menaiki feri dari bahagian pulau ke Penang Sentral, di sini.

Beliau mengakui pengoperasian perkhidmatan feri itu yang kini dikendalikan Rapid Ferry milik Prasarana memerlukan kos tinggi dan berterusan memandangkan tambang dikenakan adalah rendah dan sehala, namun beliau memberi jaminan perkhidmatan itu akan dikekalkan.

Ditanya sama ada terdapat cadangan penswastaan perkhidmatan itu, Loke berkata buat masa ini pihaknya belum menerima permohonan daripada mana-mana syarikat swasta berhubung perkara tersebut.

“Kita terbuka kepada sebarang cadangan. Pada masa ini, kita sedang mengkaji dan sudah tentu Kementerian Kewangan juga melihat kepada pelbagai cadangan agar perkhidmatan itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat terlibat, Penang Sentral Sdn Bhd, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan syarikat bas untuk menentukan kadar tambang kepada syarikat bas dan pengguna.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan kadar tambang dikenakan kelak berpatutan dan tidak membebankan pengguna dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas.

“…yang pentingnya kita nak syarikat-syarikat bas itu dapat menggunakan kemudahan di sini. Kalau mereka tidak menggunakan kemudahan di sini maka ia tidak akan berjaya.

“Kita akan berunding dengan pihak pengurusan untuk lihat satu situasi ‘menang-menang’. Saya harap dapat memutuskan kadar tambang ini dengan segera supaya operasi ini dapat dimulakan dalam masa terdekat,” katanya.

Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak di Butterworth, dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Disember tahun ini. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeFeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd