• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan ‘Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara’ Bertukar Kecoh

oleh
08/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman ‘Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara’ bertukar menjadi tegang selepas mereka dipercayai bertindak cuba melawan polis yang sedang mengawal keadaan di hadapan sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam ini.

Kekecohan berlaku apabila kumpulan tersebut yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam cuba beralih tempat perhimpunan ke pusat Campbell tetapi dihalang pasukan keselamatan itu.

Perhimpunan itu dianjurkan sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini, ​​​​melepaskan dan membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah melibatkan pembelian lot tanah dan sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Mereka juga menggesa Peguam Negara Tommy Thomas agar meletak jawatan kerana dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata penganjur tidak memberi sebarang notis mahupun mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan itu.

Beliau berkata pada masa ini, pihaknya hanya memantau dan mengawal keadaan tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Perhimpunan anjuran mereka ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Tindakan mereka berarak tanpa kebenaran polis merupakan satu kesalahan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd