• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergiat Usaha Untuk Raih Emas Di WSC Rusia 2019

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kementerian Sumber Manusia akan terus mempergiatkan usaha dan melaksanakan pelbagai strategi bagi meneruskan misi Malaysia untuk mendapatkan pingat emas di World Skills Competition (WSC) di Kazan, Rusia tahun hadapan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata pencapaian kontinjen Malaysia di ASEAN Skills Competition (ASC) 2018 di Bangkok menunjukkan belia mahir negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata pasukan negara berjaya meraih empat pingat emas, satu (perak), lima (gangsa) serta memungut 21 pingat kecemerlangan (medallion of excellence) daripada 24 bidang yang dipertandingkan sekali gus meletakkan negara di tempat keempat secara keseluruhan.

“Pencapaian ini adalah sesuatu dibanggakan kerana ia membuktikan kita bukan sekadar jaguh kampung dan mampu bersaing di peringkat ASEAN,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Kontinjen Negara dari ASEAN Skills Competition di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

 

 

Seramai 48 peserta dan 37 pakar menyertai ASC 2018 bermula pada 26 Ogos hingga 4 Sept lalu, dalam 24 bidang kemahiran, membabitkan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan juga pekerja mahir industri.

Kulasegaran berkata pencapaian ini telah memartabatkan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TVET) negara di samping membuktikan bahawa Pendidikan TVET dapat melahirkan tenaga kerja kreatif, inovatif serta berkemahiran tinggi ke arah pembangunan Negara Malaysia.

ASC merupakan pertandingan kemahiran paling berprestij di peringkat ASEAN yang diadakan dwitahunan dan disertai oleh belia-belia berkemahiran dari semua negara anggota ASEAN yang berumur 22 tahun ke bawah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Nizam Kamarulzaman berkata walaupun kontinjen negara tidak mencapai sasaran 10 pingat emas tetapi persaingan pada kali ini adalah sengit berikutan penggunaan sistem 700 point.

“Kita akan adakan post-mortem untuk mengenal pasti kesilapan dan cara-cara mengatasi kelemahan sebab kita tahu peserta kita “on the right track”. ,” katanya. – BERNAMA

Tags: M KulasegaranWSC 2019
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd