• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Media, Apa Agenda NST?

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHAMIS lalu Peguam mewakili Datuk Hasanah Abd Hamid Ketua Pengarah ME10 membuat kenyataan bahawa anakguam mereka menjadi mangsa kepada perbicaraan media. Peguam Hasanah menyatakan ada pihak di SPRM membocorkan maklumat kepada media. Ini menyebabkan wujud persepsi negatif terhadap Datuk Hasanah sedangkan beliau belum didakwa atau dibicarakan. Mereka hairan bagaimana media boleh mendapat maklumat bukti sedangkan permohonan pihak Peguam untuk mendapatkan maklumat sama ditolak.

Semalam terpampang pula tajuk utama di muka depan akhbar NST “Missing 1MDB, Billions Hidden Abroad”. Akhbar berkenaan menggunakan ayat…”sources” say. Ia berkaitan penahanan Datuk Hasanah Abd Hamid. Persoalannya, siapa “sources” itu? NST secara terang menyebut nama SPRM. Didedahkan pula “Investigator believes” atau Pegawai Penyiasat percaya. Kalau setakat percaya itu belum membuktikan apa apa. Tetapi pembocoran itu cuba mengaitkan wang yang dirampas daripada beberapa Pegawai ME10 itu berpunca daripada 1MDB.

Dengan kata lain apa sahaja yang melibatkan rampasan tunai atau barang seperti kapal Equanimity akan dikaitkan dengan 1MDB. Sedangkan Peguam Negara menjelaskan mereka belum menerima kertas siasatan daripada SPRM. Manakala SPRM pula menegaskan siasatan 1MDB baru selesai 60% sahaja.

Maka timbul dua persoalan di sini. Pertama, apa agenda SPRM membocorkan maklumat kepada Media. Perlu disiasat dan diambil tindakan terhadap Pegawai SPRM berkenaan. Kedua, apa pula agenda NST.
Apakah untuk melariskan akhbar mereka yang semakin merudum sekarang ini sehingga menginayai mereka yang belum didakwa dan dibicarakan. Apa jadi kepada sistem keadilan di bawah Malaysia Baru sekarang ini? Dan apa jadi juga kepada etika media di Malaysia pada hari ini.

Mohd Puad Zarkashi
3.9.2018

Tags: NSTPSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd