• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tunggu Keputusan FAM Untuk Beraksi Di ACL

oleh
01/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kelulusan beraksi di pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), tahun depan.

Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata setakat ini PAFA bersedia dan dokumen wajib yang menjadi syarat utama untuk beraksi dalam pusingan kelayakan tersebut telah disiapkan.

Katanya beliau secara peribadi optimis Perak akan beraksi dalam pusingan kelayakan ACL selepas Pahang dikhabarkan masih tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung perkara tersebut.

“Kita telah hantar semua dokumen tersebut ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum tarikh akhir pada 30 Ogos lepas,

“Ia (penghantaran dokumen) adalah syarat utama untuk kita layak beraksi di pusingan kelayakan itu. Cuma, pada ketika ini kita hanya menunggu jawapan rasmi dari FAM”, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di sini, hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menyatakan Perak bersedia beraksi dalam pusingan kelayakan ACL namun perlu menunggu kata putus daripada FAM kerana Pahang lebih layak untuk mengisi slot berkenaan selaku Juara Piala FA sepertimana yang ditetapkan.

Hasnul Zulkarnain berkata sekiranya layak beraksi dalam pusingan kelayakan itu berkemungkinan Perak akan membuat rombakan terhadap skuad sedia ada kerana saingan di peringkat tersebut lebih kompetitif dan berbeza daripada saingan Liga Malaysia.

“Seperti yang saya beritahu, matlamat kita bukan sekadar melengkapkan jadual. Kita mahu beri saingan pada pihak lawan. Jadi, PAFA ada rancangan untuk menambah baik pasukan.

“Cumanya sekarang ini saya tak boleh beritahu tentang perancangan terkini kita sebab kita tak mahu kacau fokus pemain yang masih berada dalam kempen Piala Malaysia pada ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Selatan Mengamuk Baham Guangzhou

16/04/2022
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran kepada pencabar Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila membelasah Guangzhou...

Perak Sah Beraksi Di ACL

11/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya mengesahkan Perak menjadi pengganti kepada Pahang sebagai wakil Malaysia beraksi di peringkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd