• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentagon Henti Bantuan RM1.2 Bilion Kepada Pakistan

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk menghentikan bantuan berjumlah AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada Pakistan kerana kegagalan Islamabad bertindak tegas dalam menyokong strategi serantau AS, kata Pentagon semalam.

Selepas sekian lama menggesa Pakistan untuk melancarkan serangan ke atas kubu kuat militan di negara ini, AS mula menghentikan bantuan keselamatan bernilai ratusan juta dolar ke Islamabad sejak awal tahun ini.

“Disebabkan kurangnya tindakan tegas Pakistan dalam menyokong Strategi Asia Selatan (SAS), bantuan sejumlah RM1.2 bilion oleh Jabatan Pertahanan sepanjang tempoh Jun/Julai 2018 akan diprogramkan semula untuk keperluan lain yang lebih penting,” kata Leftenan Kolonel, Kone Faulkner kepada AFP.

“Jabatan Pertahanan sedang menunggu keputusan kongres sama ada permintaan untuk memprogramkan semula bantuan ini akan diluluskan atau tidak,” kata Faulkner.

Pakistan pernah melancarkan kempen besar-besaran ke atas beberapa kumpulan militan yang mengancam keselamatan negara itu.

Namun, AS tetap menuduh pihak berkuasa Pakistan mengabaikan atau bekerjasama dengan militan yang melancarkan operasi ke atas Afghanistan dari kubu kuat mereka di sepanjang sempadan negara itu.

Kumpulan-kumpulan ini mengancam kerajaan Afghanistan yang disokong AS dan pernah menyerang dan membunuh ramai tentera Amerika yang dihantar ke sana selepas serangan 11 September 2001.

“Kami akan terus menekan Pakistan untuk menyasarkan semua kumpulan pengganas,” kata Faulkner. – AFP/BH ONLINE

Tags: PakistanPentagon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd