• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Maut Berbalas Tembakan

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Nasbandiah, Kajang kira-kira 1 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepasukan anggota polis daripada Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan rondaan di Jalan Semenyih sebelum menemui Porche Cayyene dinaiki dua penyenayah terbabit.

“Anggota bertugas membuat semakan secara dalam talian terhadap nombor pendaftaran kereta terbabit dan mendapati kenderaan itu berlainan warna.

“Dalam rekod pendaftaran, kereta itu berwarna putih, namun kenderaan itu dilihat berwarna hitam menyebabkan anggota polis cuba memberhentikan kenderaan itu untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, penjenayah terbabit terus memecut kenderaan mengakibatkan anggota polis mengejar sejauh 4.5 kilometer hingga ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu dua penjenayah itu terbabas sebelum mereka keluar dari kenderaan terbabit dan melepaskan beberapa das tembakan.

“Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

“Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui beberapa barangan termasuk dua pistol dan dua parang,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek adalah warga tempatan masing-masing berusia 43 serta 36 tahun berasal dari Pandamaran, Klang dan Teluk Panglima Garang.

“Semakan rekod juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah termasuk seorang daripada mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Klang.

“Berdasarkan rekod, suspek pertama menganggotai Geng Devan 360, manakala suspek kedua adalah ahli kumpulan Geng Spider 08 dan kedua-dua mereka ada dalam radar pihak polis,” katanya.

Katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek mendapati kereta itu disamun di Pandamaran, Klang, kelmarin.

“Dua suspek itu dipercayai terbabit dengan enam kes samun, pecah rumah dan samun kenderaan mewah.

“Kami percaya ada lagi saki baki kumpulan penjenayah terbabit yang masih diburu,” katanya. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes tembakpenjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd