• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Berkhidmat Kepada Kerajaan Semasa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penjawat awam diminta menerima dengan baik perubahan kerajaan kerana mereka bukan berkhidmat kepada parti politik, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata penjawat awam perlu sedar bahawa mereka berkhidmat kepada kerajaan semasa dan untuk itu perkhidmatan yang terbaik perlu terus ditawarkan kepada rakyat.

“Kalau kita tidak memberikan yang terbaik rakyat akan marah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya ketika berucap pada Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Dalam sidang media kemudiannya, Ismail berkata perubahan sesebuah kerajaan adalah atas kehendak rakyat dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ia adalah sesuatu yang betul.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Mohd Gazali Jalal berkata terdapat seramai 85,710 penjawat awam persekutuan di negeri itu dengan kebanyakannya adalah guru, polis dan tentera.

Katanya bilangan penjawat awam negeri pula seramai 13,505 dengan 12,752 daripadanya bertaraf tetap, manakala 753 orang lagi merupakan kakitangan kontrak. – BERNAMA

Tags: KSNPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Semua kementerian dan agensi kerajaan perlu menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd