• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Berdepan Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di pos pengawal sebuah kilang ubat di Seri Iskandar, bulan lepas.

Mohd Halin Jabar, 52, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh menyebabkan kematian ke atas Masri A/L Pandak, 37, di pos pengawal Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd, Lot 120 Taman Farmaseutikal di Seri Iskandar kira-kira pukul 7.55 malam, 31 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 31 Okt depan untuk sebutan semula kes dan menunggu laporan bedah siasat ke atas mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Ipoh, Mohd Halin mengaku bersalah atas pertuduhan memilki senjata api tanpa kebenaran, di tempat dan waktu kejadian yang sama.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes selain tidak membenarkan sebarang jaminan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali kerana memiliki sepucuk pistol jenis semi auto nombor siri 83451 tanpa kebenaran yang sah daripada mana-mana pihak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman pada 3 Sept lalu berkata perbezaan gaji antara tertuduh dan mangsa dikenal pasti sebagai motif pembunuhan. – BERNAMA

Tags: hukuman matipengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd