• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Kedah Selar Exco Larang SPRM Siasat Sekolah Tamil

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyelar tindakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), R. Summugam yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke mana-mana sekolah Tamil di negeri ini tanpa kebenarannya.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri itu seolah-olah berlaku salah guna kuasa yang melarang SPRM melakukan siasatan.

Menurutnya, pihak berkuasa negeri mahupun Exco tidak sepatutnya menganggu penyiasatan SPRM yang sebagai badan bebas.

“Apa yang berlaku kepada undang-undang sekiranya SPRM tidak dibenarkan untuk melakukan siasatan tanpa kebenaran beliau? Yang menjadi persoalan, kenapa hanya arahan itu dikenakan terhadap sekolah Tamil sahaja?

“Sekiranya benar tiada unsur penyelewengan atau salah guna kuasa di sekolah tamil yang disiasat maka sudah itu akan meningkatkan integriti institusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Syed Mohd. Johan Rizal berkata, pihaknya mendesak Summugam yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat di sebuah sekolah tamil di Sungai Petani baru-baru ini.

The Star Online yang memetik Makkal Osai semalam melaporkan Summugam mengesa SPRM supaya tidak mengunjungi sekolah tamil di negeri ini tanpa kebenarannya.

Malah, Pengarah SPRM juga perlu memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum melawat mana-mana sekolah tamil.

Kenyataan itu dibuat dalam satu Majlis Penyerahan Buku Kerja Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 59 sekolah tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Arumugam Pillai, Sungai Petani baru-baru ini.

Sementara itu, Summugam ketika dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu disalah tafsir.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang SPRM sebagai badan bebas untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana sekolah tamil di negeri ini. Sebaliknya, saya sedia berkerjasama dengan suruhanjaya itu sekiranya terdapat laporan berhubung penyelewengan atau salah guna kuasa di mana-mana sekolah Tamil di negeri ini.

“Malah, saya meminta sekolah tamil yang disiasat SPRM sekiranya ada untuk berhubung dengan saya kerana segala hal berkaitan masyarakat India berada dalam bidang kuasa selaku Exco,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Sekolah TamilSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd