• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemegang Lesen Memandu Terbang Diminta Serah Diri

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 14,000 lesen memandu terbang dipercayai telah dikeluarkan oleh satu sindiket yang terdiri daripada 12 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh dua tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sindiket berkenaan telah memanipulasikan sistem JPJ menerusi Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara bagi mengeluarkan lesen-lesen memandu terbang berkenaan yang dijual antara harga RM2,000 sehingga RM3,500.

Katanya, sehingga kini, seramai 12 pegawai dan anggota JPJ telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pembabitan dalam sindiket tersebut namun beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai terlibat.

“Kita mengesyaki lebih 14,000 lesen memandu terbang telah dikeluarkan tetapi kita beri mereka peluang kepada mereka yang mengambilnya untuk tampil ke hadapan dalam tempoh sebulan ini dan menjadi saksi pendakwaan.

“Kalau selepas sebulan, mereka tidak tampil ke hadapan, kita ambil tindakan yang mana jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, mereka boleh dikenakan hukuman minima RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: lesen terbangpemandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd