• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluru Berpandu Tembak MH17 Milik Ukraine: Rusia

oleh
18/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Tentera Rusia berkata hari ini, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, mengorbankan kesemua 298 penumpang di dalamnya, datang daripada senjata milik tentera Ukraine, bukan Moscow.

Pesawat itu ditembak jatuh peluru berpandu buatan Soviet di kawasan dikawal pemberontak di timur Ukraine pada Julai 2014, sejauh 40 kilometer dari sempadan Russia, di mana pertempuran berlanjutan selama beberapa bulan antara tentera Ukraine dan pemisah disokong Rusia, lapor agensi Associated Press (AP).

Mei lalu, Belanda dan Australia mengumumkan, mereka percaya, peluru berpandu itu dipindahkan ke Ukraine dari satu unit tentera di bandar Kursk, Russia.

Rusia menafikan sekeras-kerasnya pembabitan negara itu dan selama bertahun muncul dengan pelbagai teori berkaitan punca nahas, secara umumnya meletakkan kesalahan itu di pihak Ukraine.

Ketua Direktorat Artileri dan Peluru Berpandu Kementerian Pertahanan Rusia, Leftenan Jeneral Nikolai Parshin memberitahu media hari ini, tentera sudah kaji dan mengubah status arkib di pusat penyelidikan di luar ibu kota ini yang menghasilkan peluru berpandu Buk selepas penyiasat Belanda memaparkan bahagian peluru berpandu dan nombor sirinya.

Parshin berkata, arkib Rusia menunjukkan peluru berpandu yang dibuat daripada bahagian itu dipindahkan ke sebuah unit tentera di barat Ukraine pada 1986 dan pada pengetahuan Rusia tidak pernah meninggalkan Ukraine.

Ditanya mengenai kemungkinan pemisah mungkin merampas sistem peluru berpandu ketika pertempuran pada 2014, jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Igor Konashenkov mengakui, Rusia tidak memiliki sebarang dokumen membuktikan perkara sebaliknya, namun menunjukkan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang menafikan pemisah merampas mana-mana peluru berpandu Buk milik mereka.

Pasukan Siasatan Bersama, ditubuhkan negara yang hilang rakyatnya dalam nahas MH17 dalam satu kenyataan berkata, ia ‘mengambil perhatian’ mengenai maklumat didedahkan tentera Rusia hari ini.

Penyiasat berkata, mereka meminta Rusia maklumat berkaitan nombor siri namun tidak menerima balasan.

Beberapa minggu sebelum nahas, pemisah bercakap besar di media sosial mengenai menembak jatuh pesawat tentera Ukraine. Pada hari nahas MH17, seorang komander pemberontak menulis, tenteranya menembak jatuh sebuah pesawat tentera Ukraine.

Beliau kemudian berkata, akaunnya digodam dan pemberontak tidak menembak jatuh sebarang pesawat pada hari itu. – Agensi

Tags: MH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd