• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara perlu dikaji semula kerana dikhuatiri wujudnya konflik kepentingan berikutan keputusan pembebasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata ini kerana, sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, Thomas pernah mewakili Lim dalam satu prosiding kes berkaitan pertuduhan rasuah itu.

“Justeru itu, kita (PAS) mendesak agar pihak bertanggungjawab menyiasat secara terperinci, kemungkinan wujudnya konflik kepentingan ataupun tidak,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepas dan membebaskan Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Keputusan itu dibuat berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim dan Datuk V. Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan tersebut.

Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menyatakan terkejut dengan keputusan mahkamah serta menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Thomas sebelum ini mewakili Lim dalam satu prosiding komital yang difailkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 terhadap Menteri Kewangan itu, namun selepas dilantik sebagai Peguam Negara, Thomas menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah Lim dengan mengambil prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya. – BERNAMA

Tags: Idris AhmadTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Volkswagen Umum Harga Lebih Rendah Selepas SST

Next Post

Doktor, Jururawat Melecur Dibakar Seorang Lelaki

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

Next Post

Doktor, Jururawat Melecur Dibakar Seorang Lelaki

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd