• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa: Pelajar Malaysia Di Sulawesi Selamat

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh dari kawasan gempa bumi yang menggegarkan Kota Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah semalam.

Menurut Atase Pendidikan Malaysia di Indonesia Mohd Mubarak Shamsuddin, terdapat 286 pelajar Malaysia di Universitas Hassanuddin dan dua lagi menuntut di Sekolah Tinggi Ilmu dan Bahasa di Makasar, masing-masing di Sulawesi Selatan.

“Jarak kawasan yang terjejas dengan Kota Makassar adalah sejauh 700 kilometer.

“Tiada juga rakyat Malaysia di kawasan berdekatan (kawasan gempa) kerana ia bukanlah kawasan utama tumpuan pelancong,” katanya kepada Bernama di sini.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat lengkap dan terkini berhubung bencana itu.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter itu menggoncang Sulawesi Tengah pada 5.02 petang semalam yang turut menyebabkan tsunami setinggi tiga meter di pantai Palu.

​​​Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini, berkata setakat 10 pagi tadi, 48 mangsa terkorban dengan lebih 300 cedera selain ribuan rumah dan bangunan musnah.

“Komunikasi di Sulawesi Tengah lumpuh berikutan bekalan elektrik terputus, jaringan komunikasi juga terputus dan ini menyukarkan perolehan data dan maklumat dengan cepat berhubung kesan gempa dan tsunami itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Biro agensi berita Antara di Sulawesi Tengah, Rolex Malaha berkata jumlah mangsa terkorban dikhuatiri terus meningkat berikutan ramai dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan rumah dan bangunan.

“Jumlah korban dikhuatiri mencecah ratusan orang berikutan banyak bangunan dan hotel runtuh akibat gempa bumi itu,” katanya dipetik dalam laporan Antara.- BERNAMA

Tags: gempa bumipelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd