• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Wanita Parah Tangan Tersepit Mesin Pengisar

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Pergelangan tangan kanan seorang pekerja wanita hancur akibat tersepit pada mesin pengisar kacang di sebuah kilang memproses makanan ringan di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 43 tahun itu sedang membersihkan mesin berkenaan sebelum ia beroperasi secara tiba-tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, wanita terbabit terpaksa menahan sakit lebih dua jam sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Katanya, kakitangan di kilang berkenaan cuba mengeluarkan sendiri tangan mangsa dan menghubungi ambulans namun usaha mereka gagal.

“Selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.16 pagi, sepasukan anggota bomba dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

“Anggota kemudiannya membuka mesin tersebut dan mengeluarkan mata pengisar dengan menggunakan pemotong hidraulik sebelum menarik keluar tangan wanita itu secara perlahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: mesin pengisarpekerja wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hilang Tiga Jari Tersepit Mesin Pengisar

Hilang Tiga Jari Tersepit Mesin Pengisar

16/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pekerja kilang memproses makanan putus tiga jari selepas tersepit pada mesin pengisar daging di ketika bekerja di...

Tidak Patuhi Etika Pakaian, Taliban Sekat Pekerja Wanita Sertai NGO

Tidak Patuhi Etika Pakaian, Taliban Sekat Pekerja Wanita Sertai NGO

25/12/2022
0

KABUL : Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita dalam tindakan keras terbaharu terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd