• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Syarikat Terpedaya Dengan Puisi, Rugi RM240,005

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hanya bermodalkan sebuah puisi, seorang lelaki yang kononnya bergelar ‘datuk’ berjaya memperdaya seorang pegawai kanan wanita sebuah syarikat swasta sehingga mangsa kerugian RM240,005.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 49, sebelum itu berkenalan dengan suspek pada akhir November lepas melalui laman Facebook Rentak Kasih selepas tertarik dengan karangan puisi dimuat naik suspek menerusi laman itu.

“Pada 7 Dis lepas, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menawarkan penjualan tiket loteri berharga RM2,000, yang dikatakan telah memenangi hadiah berjumlah RM1.8 juta. Dalam tempoh itu, suspek turut menceritakan tentang masalah dan bebanan kewangan apabila akaun banknya dibekukan sedangkan dalam masa sama terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, simpati dengan nasib dialami ‘datuk’ itu, mangsa yang sudah berkahwin kemudian memasukkan wang berjumlah RM240,005 menerusi 47 transaksi ke sembilan akaun berasingan sebelum menyedari ditipu setelah keuntungan menerusi tiket loteri yang dijanjikan masih belum diperoleh setelah beberapa bulan dan suspek pula menghilangkan diri.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mohd Wazir menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa jua tawaran yang diberi menerusi media sosial. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: datukkes tipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Singapura Kongsi Pengalaman Kuatkan Hubungan

Next Post

Remaja Israel Mati Masa Cuba Swafoto

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

25/02/2025
0

AYER KEROH: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk bersama 17 individu lain direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Next Post

Remaja Israel Mati Masa Cuba Swafoto

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd