• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Umum 10 Pegawai Kanan Bertukar

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran seramai 10 pegawai kanannya yang akan berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md. Isa pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman.

Tambah beliau, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman pula akan menggantikan Tajuddin sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

“Turut bertukar ialah Timbalan Pesuruhjaya Sabah, Datuk Omar Mammah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Komisioner.

“Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Azisman Alias akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asmawati memberitahu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor pula akan bertukar dengan memegang jawatan sebagai Senior Asisten Komisioner, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Tambahnya, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Mushar Mohd. pula akan menggantikan Azisman sebagai Ketua Polis Perlis.

Menurut beliau, jawatan Mushar akan disandang oleh Ketua Penolong Pengarah, Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Norizan Murad dengan memangku pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner.

“Pengumuman ini juga melibatkan pegawai kanan lain iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Perlis, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

“Turut ditukar iaitu Deputi Superintenden (D6C) Unit Fotografi, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Deputi Superintenden Aidi Sham Mohamed sebagai Ketua Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan memangku pangkat Superintenden,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: PDRMpegawai kanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd