• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Edar Dadah Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis memberkas empat pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di pusat beli-belah dan kondominium di Damai, Luyang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki di sebuah restoran kira-kira 6.40 petang dan menjumpai tiga peket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 151 gram.

Beliau berkata hasil soal siasat, polis kemudian membuat serbuan kedua pada 8.20 malam sebelum menahan seorang wanita bersama lelaki dipercayai rakan kepada suami wanita itu yang ditahan sebelumnya.

“Pemeriksaan di dalam kondominium itu menjumpai dua peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 304 gram yang disimpan dalam almari kecil di bilik tidur suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Karamunsing, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kenderaan Mitshubishi Triton dan Toyota Innova, jam tangan, telefon bimbit, buku akauan dan nilai kesemua rampasan termasuk lima peket syabu dianggarkan RM150,000.

Habibi berkata kesemua suspek yang berumur antara 19 dan 42 tahun dari Sarawak itu kini direman hingga 18 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, polis yakin telah menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar Inanam, Penampang, Luyang, Putatan dan Kudat selepas menahan dua lelaki tempatan berumur 25 tahun pada Rabu lepas di kawasan tempat letak kereta 1Borneo.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu yang juga dikenali sebagai ‘Kumpulan Hitam’ ditahan pada 5 pagi dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Bezza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta peralatan pecah rumah.

“Kedua-dua suspek positif dadah dan seorang daripadanya dikehendaki di IPD Kinabatangan kerana lari daripada pengawasan polis mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada tahun lepas,” katanya.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM400,000 dan suspek direman empat hari mulai hari ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Edar DadahSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd