• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Lesbian Jalani Hukuman Sebat

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan sebanyak enam kali setiap seorang di hadapan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail kira-kira jam 10.10 pagi.

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini.

Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan sekitar 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua pasangan lesbian terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. – BH ONLINE

Tags: Hukuman Sebatlesbian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd