• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan Di Perai

oleh
17/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM14,872 di hadapan sebuah hotel di Taman Inderawasih, Perai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki dan wanita terbabit yang berusia 26 dan 23 tahun ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Pencegahan Jenayah di kawasan Perai selepas membuat pemeriksaan ke atas kereta dinaiki pasangan itu.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan pelbagai jenis dadah termasuk yang disembunyikan di dalam bahagian bumbung kenderaan jenis Honda berkenaan. Antara yang dirampas ialah metamfetamina seberat 40.45 gram (g), heroin (183.7g) dan masing-masing ketamin serta heroin seberat 24g,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas plastik pembungkus, buku lima, sebilah pisau bersarung, peralatan menghisap dadah dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk menimbang dadah yang dibeli daripada sindiket sebelum dibungkus semula dijual.

“Pasangan kekasih yang tidak bekerja itu dipercayai mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan hasil kegiatan pengedaran dadah. Mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya menambah pasangan terbabit yang turut positif dadah dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Mengulas kes lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang daripada suspek yang terlibat dalam kejadian cubaan samun sehingga menyebabkan seorang guru tuisyen wanita cedera di Taman Budiman, di sini baru-baru ini.

Katanya lelaki berusia 22 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai, Cherok Tokun di sini kira-kira 5.20 pagi tadi.

Siasatan mendapati selain terlibat kes guru tuisyen itu, suspek turut terlibat dalam beberapa lagi kes samun, katanya.

“Selain lelaki itu, empat lagi rakannya turut terlibat dalam kegiatan jenayah antaranya curi motosikal, pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga, curi kasut berjenama, samun dan pecah rumah di sekitar daerah SPT,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan empat lagi anggota geng tersebut giat dijalankan dan lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd