• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Setuju Kerajaan Perpaduan, Tapi Fokus Kerjasama Pembangkang Dulu

oleh Haris
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS terbuka kepada idea penubuhan sebuah kerajaan perpaduan dengan UMNO dan parti-parti lain tetapi setakat ini mahu menumpukan pada kerjasama pembangkang dengan parti itu.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas cadangan satu kerjasama kerajaan perpaduan bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

“Ya, (tapi) tengok keadaan. UG (kerajaan perpaduan) ialah satu konsep menggabungkan semua (parti politik),” kata Tuan Ibrahim ketika ditanya isu kerajaan perpaduan selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan satu kerjasama membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti yang berminat bagi menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan Pakatan Harapan yang berkuasa sekarang.

“Kami terbuka (tubuh kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

“Perundingan dengan mana-mana parti tidak ada tempoh atau had masa kerana sesuatu keputusan memerlukan persetujuan sepenuhnya pihak satu lagi.

“Pada masa sama saya perlu hormati pandangan rakan dalam saf kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

“Pada hemat kami, lebih cepat lebih baik,” katanya dalam wawancara dengan NSTP pada 26 September lalu.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS terbuka kepada cadangan ini kerana idea yang sama pernah dicadangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum tahun 2008.

“Jadi ia sentiasa terbuka, konsepnya hampir sama dengan PAS, kita pun sentiasa terbuka kepada apa yang baik untuk negara dan masa depan kita bersama,” kata Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun, kerajaan perpaduan yang dicadangkan ini belum jelas bentuknya dan parti mana bakal terlibat, tetapi dijangka melibatkan parti dan ahli Parlimen yang sebahagian besarnya Melayu, yang mungkin tidak bersetuju dengan hala tuju dibawa kerajaan PH.

PAS telah mencapai satu persefahaman dengan UMNO dalam membentuk kerjasama pembangkang bagi melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan yang bersikap liberal dan membelakangi kepentingan Islam dan Melayu. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd