• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bagi Laluan UMNO Bertanding Di PRK Port Dickson

oleh
13/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS akan beri laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat parti semalam yang turut bersetuju menyokong UMNO dalam pertandingan menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

“Kita telah berbincang mengenai PRK Port Dickson semalam iaitu kita bagi laluan pada UMNO untuk bertanding. Kita lebih suka kalau bertanding satu lawan satu. Jadi, kita akan memberi sokongan seperti yang dilakukan UMNO kepada PAS di PRK DUN Seri Setia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-57 di sini oleh Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam satu sidang media semalam, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan beliau mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata ketiadaan calon PAS pada PRK Port Dickson tersebut antara bentuk kesepakatan dan persefahaman yang terjalin walaupun tidak dimeterai di atas kertas (secara rasmi).

Jelasnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kem pembangkang sudah sebulat suara untuk meletakkan hanya satu calon sahaja pada mana-mana PRK.

“Kami sudah ada kesepakatan iaitu kita bentuk kekuatan yang ada termasuk Sabah, Sarawak, iaitu apabila mana-mana kawasan ada PRK, hanya ada satu wakil sahaja daripada pakatan pembangkang. Ini persefahaman antara kami,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama PAS-UMNO, Mahfodz berkata ia bukan untuk tujuan politk semata-mata tetapi turut melibatkan kepentingan agama dalam mengembangkan syiar Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah negara dan dunia.

“Kita yakin, anggota PAS termasuk dari akar umbi bijaksana (dalam menilai kerjasama PAS-UMNO),” katanya menambah kerjasama itu bukan hanya dengan UMNO tetapi juga parti lain selagi ia membawa situasi ‘menang-menang’ kepada Islam dan PAS.

Sementara itu Hashim dalam ucapannya berkata UMNO hadir kepada PAS dalam keadaan yang lemah selepas kekalahan teruk pada PRU14.

Menurutnya PAS ketika itu, bersendirian dan hanya disokong parti-parti kecil seperti Ikatan dan Berjasa melalui Gagasan Sejahtera dan kerjasama PAS-UMNO merupakan pengalaman gerakan politik baharu selepas ‘’tidak sebulu’’ dengan Pakatan Harapan.

“Pengalaman ini cabaran besar kepada Dewan Ulama untuk bermuhasabah dan menjelaskannya kepada anggota PAS mengenai persengketaan politik dan masalah walla’,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Permaisuri Selangor Rasmi Yayasan Jantung Penyayang

Next Post

DBKL Boleh Teruskan 43 Transaksi Tanah – Khalid

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

DBKL Boleh Teruskan 43 Transaksi Tanah - Khalid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd