• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti India Muslim Bersatu Malaysia Bakal Dilancar

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perubahan landskap politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum ke-14 bakal menyaksikan kemunculan sebuah lagi parti politik baharu iaitu Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM).

Menurut Ketua Penerangannya, Ariff Farhan, pelancaran rasmi parti khusus memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim itu akan diadakan pada Jumaat ini di ibu negara.

Beliau berkata, penubuhan PIBM bertitik tolak daripada kekecewaan masyarakat India Muslim bahawa tiada parti untuk membela nasib mereka dengan sebenar-benarnya.

“Sekarang ini komuniti India Muslim tiada parti untuk membawa suara mereka secara bebas, sebab itu kita perlu satu parti yang boleh bersuara tanpa memihak kepada mana-mana parti,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Pada 17 Ogos lalu, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut melancarkan parti baru, iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau Putra yang terbuka kepada orang Melayu-Islam dan Bumiputera.

Sementara itu, Ariff berkata, parti itu disertai ahli dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO India Muslim, namun enggan memperincikannya.

Katanya, pendaftaran PIBM dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dibuat dua minggu lalu dengan Datuk Jamarulkhan Syed Kader sebagai presiden penajanya.

“Kita menyasarkan seramai 10,000 ahli dalam masa enam bulan selepas pelancaran di peringkat nasional dan diikuti di tujuh negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan,” katanya sambil menambah perincian termasuk logo parti akan diumumkan pada majlis pelancaran kelak. – BH ONLINE

Tags: India MuslimPIBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PIBM Bawa Agenda Perjuang Kepentingan Masyarakat India Muslim

21/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Semangat Malaysia Baharu menjadi inspirasi untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu iaitu Parti India Muslim Bersatu Malaysia...

Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai

02/08/2017
0

SEGAMAT - Jika orang Singapura menyebutnya sebagai roti prata namun orang Malaysia pula memanggilnya roti canai. Ia memang makanan kegemaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd