• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Rasmi Kontinjen Para Asia Bukan Isu – MPM

oleh
07/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakaian rasmi negara yang digunakan untuk perbarisan sempena upcara pembukaan Sukan Para Asia Jakarta 2018 bulan depan akan hanya diagihkan kepada atlet dan pegawai beberapa hari sebelum kontinjen negara berlepas ke temasya sukan tersebut.

Justeru, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasarudin SM Nasimuddin menjelaskan bahawa soal kekangan kewangan untuk menyediakan pakaian rasmi untuk kontinjen negara tidak timbul sama sekali.

“Amalan standard, pakaian rasmi diagihkan kepada anggota kontinjen beberapa hari sebelum bertolak ke sesuatu temasya sukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang mendakwa kontinjen negara bagi Sukan Para Asia Jakarta 2018 menghadapi kekangan kewangan untuk menyediakan pakaian rasmi untuk upacara perasmian sukan terserbut.

Sukan Para Asia Jakarta 2018 akan bermula 6 hingga 13 Okt ini.

Oleh itu, katanya, sumber yang dipetik dalam laporan itu telah menyalahfahami proses persediaan bagi mendapatkan penaja untuk pakaian rasmi kontinjen dan khususnya tempoh masa menjurus ke temasya itu.

Beliau menyatakan pakaian rasmi kontinjen negara bukan merupakan isu sejak awal lagi kerana MPM, yang telah diamanahkan bersama agensi kerajaan berkaitan dalam penyediaan kontinjen negara untuk sukan tersebut, sudah memulakan rundingan dengan pihak penaja.

Pada hakikatnya, katanya, setakat ini, MPM telah mendapatkan Tune Talk, Bata Malaysia dan Naza Corporation Holdings sebagai penaja.

“MPM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab kini merangka strategi supaya bebas dari bebanan kewangan dan akan terus mencari penaja korporat sebagai menerajui sumber kewangannya.

“Malah, MPM akan memulakan program pembiayaan orang ramai tidak lama lagi untuk menyokong semua kegiatan badan itu bagi memajukan objektif pergerakan Paralimpik di Malaysia,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, berkata kontinjen negara ke temasya sukan itu akan memakai pakaian rasmi ‘Harimau Heroes’ pada majlis perasmian sukan tersebut.

Beliau berkata perkara berkenaan sudah dipersetujui dalam mesyuarat berkaitan berasaskan dasar penjimatan kos pengurusan kontinjen kerana baju perbarisan itu hanya akan dipakai sekali sepanjang tempoh temasya sukan tersebut.

Malaysia menghantar seramai 140 atlet para bagi menyertai 15 daripada 18 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya tersebut dan kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi membiayai kos penyertaan kontinjen negara itu. – BERNAMA

Tags: Sukan Para Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

13/10/2018
0

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama lapan hari menampilkan aksi luar biasa atlet...

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd