• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Tak Naikkan Had Umur Perkahwinan

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang tidak akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun seperti dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata ini kerana kes perkahwinan bawah umur di negeri ini adalah terlalu sedikit dan bukan isu.

“Kalau pun ada perkahwinan, ini satu cara menyelamatkan hubungan sesama manusia daripada rungutan berlakunya hubungan luar nikah sehingga wanita terpaksa mengandung anak luar nikah yang lebih jijik berbanding perkahwinan muda.

“Lagi pun definisi bawah umur perlu diteliti kerana keupayaan dan kecerdasan manusia sebenarnya bukan terletak pada usianya yang semakin meningkat tetapi kesediaannya berfikir waras serta bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mencadangkan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.

Kertas kerja mengenainya akan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia kemudiannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mendapatkan sokongan. – BH ONLINE

Tags: kerajaan pahangPerkahwinan Bawah Umur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Ubah Hukuman Mati 3 Warga Mexico

Next Post

Hukuman Lebih Berat Menunggu Pemburu Haram

Related Posts

Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100

Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100

15/03/2023
0

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas tahun 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri...

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

17/12/2022
2

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko...

Next Post

Hukuman Lebih Berat Menunggu Pemburu Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd