• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Bakal Panggil Najib & Jho Low Berhubung Siasatan 1MDB

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sebagai antara 18 saksi berpotensi dipanggil berkenaan siasatan semula syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan hari ini, pengumuman itu hadir selepas jawatankuasa itu semalam mengumumkan untuk memanggil Najib yang juga bekas menteri kewangan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 17 Okt ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata selain Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga berpotensi dipanggil.

“Kedua-dua mereka sebelum ini tidak dipanggil PAC oleh PAC Parlimen ke-13. Keterangan daripada mereka (Najib dan Jho Low) amat penting dalam membantu jawatankuasa ini melengkapkan siasatan secara komprehensif,” katanya.

Ronald berkata semua ahli PAC Parlimen bersetuju menetapkan 29 Oktober ini sebagai prosiding pertama siasatan semula 1MDB dan akan memanggil bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memberikan keterangan di hadapan PAC Parlimen.

Penetapan tarikh itu diputuskan selepas anggota PAC parlimen mengadakan satu perbincangan khas mengenai siasatan semula syarikat 1MDB pada 25 Sept lepas, kata Ronald.

Beliau berkata Ambrin adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat 1MDB dan beliau telah membentangkan laporannya pada Mac tahun 2016 kepada PAC Parlimen penggal ke-13.

Ronald berkata PAC pada 9 Oktober ini akan turut mendapatkan taklimat khusus daripada firma audit Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang dilantik Kementerian Kewangan sebagai perunding 1MDB.

“Taklimat daripada PwC ini amat penting kepada PAC PArlimen dalam memastikan jawatankuasa ini mengetahui status terkini syarikat 1MDB terutama sekali berkaitan kedudukan kewangannya,” katanya.

Katanya, PAC Parlimen menggariskan 10 terma rujukan (terms of reference -TOF) yang akan digunakan sebagai rujukan jawatankuasa sepanjang prosiding syarikat 1MDB berlangsung termasuk menggunakan dua laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang diterbitkan 2016 dan 2017.

“Selain menetapkan terma rujukan baharu untuk prosiding 1MDB, prosiding pertama siasatan semula syarikat 1MDB ini adalah sesuai dengan usul yang diluluskan Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 Ogos lepas.

PAC Parlimen telah bersidang serta mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad pada 30 Ogos dan 4 Sept lepas berhubung Laporan Pengauditan syarikat 1MDB, katanya.

Pada 19 Julai lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Najib telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berkaitan siasatan kes 1MDB.

Semalam, Ronald berkata selain Najib, PAC akan memanggil Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah Oktober ini untuk menjelaskan mengenai prosiding tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan akan dipanggil pada 17 Oktober depan manakala Guan Eng pula akan dipanggil pada 22 Okt sementara Irwan Serigar pula akan dipanggil pada 16 Okt depan. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd