• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari Mangsa Hilang Di Gunung Singai Diteruskan

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Operasi mencari seorang lelaki berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang di atas Gunung Singai di sini semalam diteruskan pagi ini tetapi setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Menurut komander operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Hirwandy Sarbini, setakat pukul 1 tengah hari ini operasi mencari masih diteruskan walaupun hujan di sekitar Gunung Singai.

Mangsa Stanley Kho dilaporkan hilang atas gunung berkenaan sejak petang semalam.

Hirwandy berkata tujuh anggota APM dan seorang orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat

Menurut Hirwandy, seorang rakan mangsa yang bernama Alexander Lau telah melaporkan bahawa mangsa menaiki gunung berkenaan seorang diri pada kira-kira jam 8.30 pagi dan kenderaan mangsa masih di tempat parkir sehingga petang semalam.

Katanya, rakan mangsa itu ada berusaha menghubungi telefon bimbit mangsa, namun panggilan tidak dijawab dan empat rakan mangsa kemudian mengambil keputusan untuk naik ke atas gunung berkenaan untuk mencari mangsa.

“Bagaimanapun setelah usaha mencari mangsa gagal, Alexander Lau telah menghubungi BBP Bau pada jam 4.30 petang untuk memohon bantuan khidmat pasukan bomba dan penyelamat untuk mencari mangsa,” kata Hirwandy.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut BBP Bau telah menggerakkan sembilan anggota diketuai pegawai bomba Rani Anak Join ke Gunung Singai untuk mencari mangsa. – BERNAMA

Tags: gunungHILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd